Jujur saya nak bagitahu sebelum beli rumah pertama saya tak tahu langsung pasal jual beli hartanah,samada rumah atau pun tanah.
Tapi setelah saya beli rumah pertama, jadi tertarik dengan urusan jual beli hartanah.
Kenapa pembelian rumah ini penting?
Mari saya terangkan sebab kenapa anda perlu beli rumah secepat mungkin.
1) Umur Itu Emas
Jika anda beli rumah melalui pinjaman tempoh pinjaman semakin pendek jika anda semakin berusia. Seseorang pembeli yang berumur 30 tahun mungkin boleh dapat tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.Bila tempoh pinjaman tersebut semakin pendek. Maka tinggilah bayaran bulanan ,premium insuran rumah pun turut meningkat sama.
2) Harga Rumah Semakin Tinggi
Harga rumah pula meningkat saban tahun. Makin tunggu makin tak mampu.Sekalipun harga turun, harga rumah majoriti masih mampu tengok. Bukan mampu beli.Kalau yang turun tu rumah berharga RM2 juta jadi RM1.5 juta, saya sendiri tak mampu nak beli.
3) Kenaikan Gaji Tak Seiring Dengan Kenaikan Harga Rumah
Hartanah adalah aset pelaburan. Anda miliki untuk jangkamasa panjang, anda akan tuai hasilnya.Contohnya jadikan rumah anda itu aset sewa.Contoh rumah berharga RM240,000, bayaran bulanan adalah sebanyak RM900. Kemudian disewakan sebanyak RM1300.Anda akan dapat keuntungan RM400 sebulan.
5) Hartanah Sebagai Suatu Bentuk Simpanan Secara Paksa
Saya percaya ramai antara kita liat untuk menyimpan sendiri dan kurang berdisiplin.Bila dunia di hujung jari, shopping complex pun di hujung jari. Klik je kat Lazada, Lelong, Shoppee. Contoh nya anda membeli rumah berharga RM80000 ansuran bulanan adalah sebanyak RM360,setahun bayaran RM4320.Bayangkan hasil yang anda dapat selepas mendapat keuntungan dengan kenaikan harga rumah nanti.
6) Hartanah Adalah Insuran
7) Bebas daripada Karenah Tuan Rumah
Bila kita menyewa, yang kita bayar bulan-bulan tu masuk ke poket tuan rumah.1000 tahun menyewa, tak akan jadi milik kita.Tuan rumah pula mungkin akan naikkan sewa dari tahun ke tahun.Tuan rumah juga mungkin tiba-tiba minta anda kosongkan rumah. Dia batalkan kontrak kerana nak bagi anak atau saudara duduk.Ada juga tuan rumah yang tak bertanggungjawab. Rumah ada kerosakan teruk seperti bocor.Anda hubungi dia tak ada tindakan. Akhir sekali anda yang terpaksa baiki.